Bunyi tajuk memang sangat-sangatlah menggerunkan terutama bagi spesies yang selalu mengaku "akulah ciptaan Tuhan yang paling sempurna" dan "akulah yang paling cantik" atau "Alangkah cantiknya Tuhanku ciptakan wajah ini"
yang digelar "Manusia",
Kita SERING sahaja memandang cermin kaca dan memuji diri sendiri, kononnya self-complimenting untuk menaikkan self-esteem.
Tapi JARANG sekali kita memandang cermin taqwa, apatah lagi untuk menilai secantik manakah kita dihadapan Allah,
Ya, mungkin sahaja kita ratu disekolah, diuniversiti atau mungkin King of Prom Night atau Queen of Gala Night..
Ya, cantik sungguh kita dihadapan ciptaan,
Tapi siapa tahu?
Mungkin buruk lagi hodoh wajah kita dihadapan Pencipta,..
Jadi marilah menilai diri dengan cermin taqwa dari meriakkan diri dengan cermin dunya~

"Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengar dan memahami kebenaran) iaitu orang-orang yang tidak mengerti."[8:22]

Categories: , ,

Leave a Reply