Takut,.. perasaan yang Allah telah kurniakan kepada HambaNya~

Dan Allah ciptakan ketakutan tidak lain dan tidak bukan sebagai satu ujian 
menguji sejauh mana iman hambaNya..
 “Dan sesungguhnya akan Kami ujikan kamu dengan sedikit daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan.” 
[2:155]
Ketakutan itu, selayaknya sebagai sebuah ujian dari Allah, mendekatkan diri kita dengan Yang Maha Pencipta,.. Takutnya seorang mukmin terhadap Al-Malikul Mulki, merasakan dirinya terlalu hina dihadapan Allah, takutnya kepada Allah sehingga gementar jiwanya, tumpah berlinangan air matanya~ Inilah sebenarnya Allah menciptakan rasa takut ke dalam hati manusia!
 “Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.” 
[8:2]
Tapi malang, manusia yang lemah imannya, takutnya tidak kepada Allah, tapi lebih takut kepada yang makhluk. Takut kepada syaitan, takut kepada jin, takut kepada manusia, takut kepada kepapaan~ Alangkah bodohnya manusia.

Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut-nakutkan (kamu terhadap)
penolong-penolongnya (kaum kafir musyrik).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka,
tetapi takutlah kepada-Ku,
jika betul kamu orang-orang yang beriman.
[3:175]

Takutlah HANYA kepada Allah!!!!


Dan (ingatlah) ketika syaitan memperindahkan kepada mereka

amalan (mungkar) mereka serta menghasut mereka dengan berkata:

“Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia
yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu.”
Maka apabila kedua-dua pihak (angkatan tentera Islam dan musyrik)
masing-masing kelihatan (berhadapan),
syaitan berundur ke belakang sambil berkata:
“Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat
apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangatlah berat azab seksa-Nya.” 
[8:48]
Lihat! Sedangkan syaitan sendiri takut kepada Allah, mengapa kita masih takut kepada makhluk yang lemah, dan berani pula dengan Yang Maha Gagah?


Takutlah HANYA kepada Allah!!!!!!

Menurut Imam Ghazali, terdapat 7 tanda-tanda ketakutan seorang hamba kepada Tuhannya~



1- Lidahnya tidak berdusta, mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan, kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api pada hari Kiamat “.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.
5- Kedua tangannya tidak diguna untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat Ketaatan kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Kitab Penenang Jiwa Imam Al-Ghazali . M/S : 3-5.

Categories: , ,

Leave a Reply